Artikel & Penulisan
Tahukah Anda? Hanya Johor Satu-satunya Negeri yang Mempunyai Upacara Kemahkotaan
Mahkota tunggal di seluruh Persekutan Tanah Melayu
HANYA negeri Johor sahaja dalam Persekutuan yang mempunyai upacara memahkotakan Sultannya yang baharu ditabal. Johor adalah negeri tunggal di negeri ini mempunyai Mahkotanya sendiri.
Di negeri-negeri lain di Persekutuan Tanah Melayu ini, Sultan-negerinya hanya ditabalkan sahaja sebagai Raja yang memerintah, kerana negeri-negeri itu tidak mempunyai Mahkota untuk masing-masing Sultannya.
Sebenarnya upacara kemahkotaan di Johor itu serupa dengan upacara pertabalan Sultan sekarang ini di Persekutuan itu.
Sultan Johor yang pertama dimahkotakan ialah Al-Marhum Sultan Abu Bakar pada bulan Julai 1886. Manakala baginda mangkat pada tahun 1895, putera keduanya Al-Marhum Sultan Ibrahim telah dimahkotakan pada 2 November 1895.
Mahkota Johor adalah tunggal seumpamanya di Persekutuan. Ia telah dicipta oleh sebuah syarikat permata dan barang-barang kemas di London dalam masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Abu Bakar.
Mahkota itu merupakan hasil seni yang sangat halus dan indah gemerlapan. Ikatan dan bentuknya menurut unsur-unsur ketimoran dengan mempunyai beberapa bulan bintang yang bertatahkan permata-permata intan yang berkilauan.
Di keliling Mahkota itu terdapat empat buah bulan bintang dan bintang-bintang kecil yang bertulis dengan huruf Jawi berbunyi "Allah dan Mohammad". Bulan-bulan bintang tersebut bertatahkan batu-batu permata delima dan zamrud yang sangat bermutu.
Upacara permulaan kemahkotaan baginda Sultan akan dilangsungkan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Upacara turun-temurun itu hanya dihadiri oleh kerabat-kerabat diraja, pegawai-pegawai kanan negeri dan istana sahaja.
📍'Siram Tabal'
Upacara permulaan ini dikenali sebagai "Siram Tabal". Baginda terlebih dahulu menjalani adat bersiram sebelum dimahkotakan.
Air suci untuk upacara tersebut telah dibawa dari Istana Besar ke Istana Bukit Serene pada sebelah petangnya waktu upacara "Siram Tabal" itu dijalankan.
Pada masa itu, seluruh Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, kerabat-kerabat diraja, Tengku Mahkota, Tengku Temenggong, Tengku Bendahara dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, turut serta dalam adat istiadat yang gilang-gemilang itu.
Upacara tersebut telah dilangsungkan pada sebelah pagi dengan menurut adat istiadat diraja turun-temurun di negeri itu. Suasananya penuh khusyuk dan hormat.
Di negeri-negeri lain, upacara pertabalan Sultannya dilangsungkan di atas sebuah tempat limas khas seperti balai yang terletak di pekarangan istana.
Upacara itu dijalankan di atas sebuah mimbar di puncak limas tersebut. Selesai sahaja, seperti biasa, doa selamat dibacakan.
Dalam upacara kemahkotaan baginda Sultan Johor itu, ditempatkan alat-alat pentingnya termasuklah alat-alat kebesaran diraja dan negeri Johor.
Alat-alat kebesaran kemahkotaan itu ialah Panji-Panji Diraja dan bendera negeri Johor bersama-sama empat buah Payung Negeri, dua kecil dan dua besar.
Tangkai-tangkai payung itu diperbuat daripada perak dan kainnya daripada kain sutera asli berwarna putih dengan tersulam gambar Mahkota padanya.
📍Alat kebesaran
Di samping itu terdapat juga alat-alat kebesaran seperti Chokmar dan tongkat-tongkat. Chokmar Perak yang panjangnya 4 kaki 9 inci untuk dibawa oleh Dato' Penghulu Birachana terukir halus dan indah.
Dato' Penghulu Birachana membawanya di bahu dalam semua majlis negeri. Bersama-sama Chokmar itu terdapat pula tongkat perak untuk Dato' Penghulu Istiadat yang mengetuai barisan pembawa alat-alat kebesaran diraja.
Dua lagi tongkat serupa itu yang lebih kecil dibawa oleh dua orang penolong kepada Dato' Penghulu Istiadat. Selain daripada itu terdapat lapan batang tongkat lagi yang diperbuat daripada rotan dengan bahagian atasnya daripada emas dan perak.
Semua alat-alat kebesaran diraja untuk upacara kemahkotaan tersebut telah diperbuat dalam masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Abu Bakar.
Alat-alat kebesaran Diraja Johor itu akan selama-lamanya dikenang dalam sejarah negeri itu sebagai satu lambang kemegahan dan kesetiaan antara rakyat jelata dengan Raja mereka.
Setiap kali berlakunya upacara kemahkotaan, maka ketika itulah seluruh rakyat membaharui kesetiaan mereka terhadap Sultan mereka dan menumpukan perasaan insaf mereka "kepada usaha kemajuan dan kemewahan negeri dan rakyat."
Bagi rakyat Johor, perkara ini sudah tentu tidak asing lagi dan mereka sentiasa memupuk semangat perpaduan dan kesetiaan itu sebilang masa.
Dari Temenggong Menjadi Sultan: Kisah Di Sebalik Pemodenan Kerajaan Johor
"Sultan yang mengepelopori Kerajaan yang berperlembagaan di Johor"
SE-KEMBALI sahaja Abu Bakar, Seri Maharaja Johor, dari England dalam tahun 1885, beliau pun ditabalkan sebagai Sultan Johor.
Beliau telah pergi ke England khas untuk mengikat suatu persetiaan baharu dengan Kerajaan Ratu Victoria dan juga untuk mendapatkan persetujuan dari Ratu Victoria supaya beliau diakui sebagai Sultan Johor yang sah.
Menurut Ratu Victoria, baginda tidak berhak dan bukan-lah layak baginya menganugerahkan gelaran "Sultan" kepada "Seri Maharaja Johor" itu, akan tetapi Ratu Victoria tidak pula keberatan mengakui Abu Bakar sebagai Sultan Johor.
📍Penabalan
Upacara penabalannya telah dilangsungkan di istana baharu yang dibina oleh Abu Bakar di Johor Bahru. Sejak istana itu siap dibangunkan, beliau berkekalan bersemayam di Johor Bahru, tidak lagi tinggal di Telok Belanga, Singapura.
Dengan penabalan-nya beliau tidak ragu-ragu lagi tentang kedudukannya sebagai Sultan yang memerintah dan berdaulat di Johor. Dan dengan mengikat persetiaan yang baharu itu juga beliau tidak lagi dibolehkan atau diberi kesempatan mengikat perjanjian-perjanjian dengan lain-lain negeri di Semenanjung Tanah Melayu, yang telah menyatakan persahabatan dengan Kerajaan British.
Dengan ini tersekat-lah cita-cita Abu Bakar hendak memperluas kawasan negeri Johor dan pengaruh pemerintahannya. Beliau juga tidak lagi dibolehkan menceroboh dan mengganggu pemerintahan raja-raja Melayu di lain-lain negeri Melayu itu yang sudah mengikat persetiaan persahabatan dengan Kerajaan British.
📍Gelaran
Abu Bakar ialah cucu kepada Temenggong Abdul Rahman yang bersama Sultan Husain telah menjualkan Singapura kepada Raffles.
Sewaktu ayahandanya Temenggong Ibrahim meninggal dunia dalam tahun 1862 Abu Bakar baru sahaja berusia kira-kira 29 tahun. Beliau telah menggantikan ayahandanya sebagai Temenggong.
Dalam tahun 1866 Temenggong Abu Bakar pun melakukan lawatannya yang pertama ke England. Dengan lawatan-lawatan ini beliau telah memperlihatkan sejarahnya sebagai bangsawannya Melayu yang pertama melawat ke London.
Dalam tahun 1868 Temenggong Abu Bakar menukarkan gelaran Temenggongnya kepada gelaran "Seri Maharaja Johor" dan sejak itu juga dia dikenali dan diakui sebagai Abu Bakar, Seri Maharaja Johor.
Beliau telah terpaksa menukarkan gelaran-nya, supaya dia dapat dianggap sebagai sebahagian raja-raja dan bukan hanya sebagai seorang Temenggong, yang sebenarnya bertakhta Kerajaan di Johor itu.
Sewaktu Seri Maharaja Abu Bakar menggantikan Al-Marhum ayahnya menjadi Temenggung dalam tahun 1862 kekacauan sedang memuncak di Pahang.
Dalam tahun 1858 Sultan Mahmud Muzaffar Shah, Sultan Lingga yang telah diturunkan dari takhta kerajaannya oleh pihak-pihak berkuasa Belanda di situ, menuntut supaya segala kerajaan Johor diserahkan kepadanya.
Beliau menuntut supaya segala negeri di bawah kerajaan Johor, termasuklah Pahang dan lain-lain lagi, dikembalikan kepadanya, sebagai raja Johor yang sebenar.
📍Berjanji
Memang kedudukan beliau di atas takhta kerajaannya di waktu itu masih lagi dibolehkan dikatakan terjamin dan terpelihara.
Sultan Ali, anak kepada Sultan Husain yang telah di-tabalkan oleh Raffles sebagai Sultan Johor dan Singapura, masih berkuasa di Muar, yang telah diserahkan kepadanya oleh Temenggong Ibrahim.
Walaupun Sultan Ali telah berjanji tidak akan mengganggu soal pemerintahan dalam Johor, selain daripada soal pemerintahan kawasan-nya di Muar, namun Seri Maharaja Abu Bakar merasa curiga juga kalau Sultan Ali balik menuntut haknya sebagai raja yang sah bertakhta di Johor.
Tetapi Kerajaan British tetap sahaja akan membantu Abu Bakar dalam segala barang petualangan, sementiasaan akan memperoleh nasihat Kerajaan British sebelum melancarkan sebarang petualangan, seperti di-nyatakan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Harry St. G. Ord dalam tahun 1869.
"Maharaja Johor yang ada sekarang telah dilahirkan di rumah ayahnya di Singapura di mana, menurut Perjanjian, keluarga itu memiliki Tanah berhampiran dengan bandar dan dia telah mendapat pelajaran daripada seorang paderi Inggeris."
📍Tak berbeza
"Dalam kelakuan dan cara-cara hidupnya sehari-hari beliau tidak berbeza dengan seorang bangsawan Inggeris."
"Sebagai seorang raja, beliau mengambil perhatian berat hendak memajukan dan memberi peradaban kepada rakyatnya."
"Beliau lah satu-satunya raja di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan di negara-negara di sekitar yang memerintah menurut cara-cara pemerintahan yang lazimkan oleh negara-negara yang berperadaban."
"Beliau sangat kasih kepada Kerajaan dan bangsa British."
"Dia percaya dengan mendapat sokongan dan galakan dari Kerajaan dan Bangsa British itu beliau akan lebih menguntungkan negerinya."
"Beliau akan enggan mengambil sebarang langkah besar dan penting dalam soal pentadbiran dan seumpamanya dengan tidak terlebih dahulu mendapat nasihat dari Kerajaan British di Singapura."
"Disamping itu beliau sentiasa bersedia memberikan segala sokongan dan segala kemudahan dalam negerinya untuk kepentingan British..."
Demikianlah kata Gabenor Ord apabila memperkenalkan Temenggong Abu Bakar menukarkan gelaran-nya kepada "Seri Maharaja Johor" dalam tahun 1868.
Sultan Mahmud Muzaffar Shah telah pergi ke Pahang menuntut kerajaan-nya dari Bendahara Tahir yang memerintah di Pahang di waktu itu.
Bendahara Tahir pula baharu sahaja diangkat menjadi Bendahara. Tetapi perlantikannya ditentang oleh saudaranya Wan Ahmad.
Dengan mendapat bantuan Kerajaan British, Temenggung Ibrahim telah berjaya mengusir Sultan Mahmud Muzaffar Shah dan Wan Ahmad dari Pahang.
Sultan Mahmud Muzaffar Shah telah menyebelahi pihak Wan Ahmad yang menuntut supaya dia diangkat menjadi Bendahara memerintah di Pahang.
Tetapi Temenggung Ibrahim terpaksa-lah menyokong dan memelihara kedudukan besannya Bendahara Tahir itu.
📍Persetiaan
Dalam tahun 1862 suatu persetiaan persahabatan telah ditandatangani antara Pahang dan Johor, tegasnya antara Temenggung di Johor dan Bendahara di Pahang.
Menurut kelaziman di waktu itu, persetiaan persahabatan ini mendapat persetujuan Kerajaan British.
Di waktu itu Sultan Mahmud Muzaffar Shah dan Wan Ahmad telah pergi ke Bangkok memperoleh bantuan dan mendapat pengakuan dari Kerajaan Siam.
Dalam tahun 1862 itu juga Temenggung Ibrahim telah meninggal dunia.
Sementara itu Sultan Mahmud Muzaffar Shah dan Wan Ahmad telah berada di Terengganu, menantikan kesempatan hendak menyerang Pahang.
Atas desakan Temenggung Abu Bakar, yang telah menggantikan mendiang ayahnya, Angkatan Laut British telah memulakan suatu serangan ke atas Kuala Terengganu, mendesak supaya Sultan Terengganu yang di bawah pengaruh Kerajaan Siam mengusir Sultan Mahmud Muzaffar Shah dan Wan Ahmad dari Terengganu.
Temenggung Abu Bakar tidak mahu bapa mertuanya, Bendahara Tahir, dipecat atau digulingkan dari kedudukannya sebagai Bendahara, berkuasa di Pahang.
Dia juga terpaksa memelihara kedudukannya di Johor.
📍Bantuan
Oleh kerana itu Temenggung Abu Bakar bersungguh-sungguh memberi segala bantuan kepada bapa mertuanya di Pahang itu.
Kepada Bendahara Tahir dikirimkannya bekalan-bekalan makanan serta senjata-senjata api dan peluru-peluru yang dibelinya dari kedai John Little di Singapura.
Bahkan Temenggung Abu Bakar telah cuba memperoleh bantuan dari Negeri Sembilan, dan mengupah orang-orang Bugis dari Johor, untuk dikirimkan ke Pahang membantu bapa mertuanya yang akan menghadapi suatu serangan oleh Wan Ahmad dari Terengganu.
Selain dari bantuannya itu Temenggung Abu Bakar telah mengeluarkan hadiah sebanyak $500 kepada sesiapa yang kelak berjaya membunuh Wan Ahmad.
Tetapi segala usaha Temenggung Abu Bakar hendak membantu bapa mertuanya sia-sia belaka.
Dengan membawa suatu angkatan besar bersenjata dari Terengganu, Wan Ahmad pun melancarkan perang ke atas saudaranya Bendahara Tahir di Pahang, dan pada 30 Mei 1863 Pahang pun jatuh.
Bendahara Tahir dan anaknya Wan Koris sempat melarikan diri mereka dari serangan Wan Ahmad itu.
Tetapi dalam pelayaran mereka lari ke Johor, Bendahara Tahir dan Koris mati lemas di laut.
Sejak itu pula Temenggung Abu Bakar telah menghasut beberapa serangan ke atas Pahang.
Dalam tahun 1866 suatu serangan ke atas Pahang telah dilancarkan dari Negeri Sembilan, tetapi gagal.
Ini diikuti oleh suatu serangan ke atas Raub dalam 1868. Ia-nya juga gagal.
Akhir-nya dalam tahun 1870, apabila Raja Mahdi dari Selangor turut memberi bantuan menyerang Pahang.
📍Pengakuan
Tetapi serangan ini juga gagal menggulingkan Wan Ahmad, yang akhirnya kekal berkuasa di Pahang.
Wan Ahmad pun diakui sebagai Sultan Pahang sehingga mangkat dalam tahun 1914.
Dengan kemenangan Wan Ahmad itu hubungan antara Johor dan Pahang bertambah renggang dan usaha Temenggung Abu Bakar hendak berpengaruh di Pahang pun tergendala-lah.
Dalam suasana yang tegang itu Temenggung Abu Bakar mengambil peluang juga melawat ke London dalam tahun 1866.
Sementara itu Bendahara Wan Ahmad di Pahang mendapat pengakuan dari Kerajaan British, dan pada hujung 1868 Bendahara Wan Ahmad dan Seri Maharaja Abu Bakar mulai berbaik-baik dengan membuat suatu persetujuan, dengan perantaraan Kerajaan British, menetapkan tapak batas antara Johor dan Pahang.
Kerajaan British, tegasnya pegawai-pegawai British di Singapura dan di Melaka memang mengakui kebijaksanaan Temenggung Abu Bakar dalam pertualangan-pertualangan politik.
Sungguhpun dia telah gagal hendak berpengaruh di Pahang akan tetapi Seri Maharaja Abu Bakar mengarahkan pula perhatiannya ke lain-lain negeri, Muar, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.
Tetapi, kecuali di Muar, segala pertualangannya hendak berkuasa dan berpengaruh di lain-lain negeri itu gagal belaka kesudahannya.
📍Perselisihan
Dalam bulan Jun tahun 1877 Sultan Ali yang memerintah di Muar, mangkatlah di Umbai.
Sultan Ali memang tidak pintar menjalankan pemerintahan dalam kawasan kecil-nya itu hingga berbangkit perselisihan berhubung dengan kekuasaan di situ antara-nya dengan Dato Penghulu Muar.
Setelah Sultan Ali mangkat Kerajaan British turut campur tangan dalam masalah Muar dan pada 30 Jun 1877 telah meminta Seri Maharaja Abu Bakar mengambil alih untuk sementara waktu pemerintahan di Muar sehingga nasib negeri kecil itu dapat ditentukan nanti.
Seri Maharaja Abu Bakar memperkenankan benar tawaran oleh Kerajaan British itu yang tiba bak bantal disorongkan kepada orang yang mengantuk.
Tetapi dalam bulan Julai berikutnya, atas muslihat Seri Maharaja Abu Bakar, Dato Penghulu Muar menyatakan kepada Kerajaan British bahawa beliau mengakui Seri Maharaja Abu Bakar sebagai raja yang sebenar-nyatanya diakui oleh semua pihak, memerintah di Muar.
Dari itu Muar pun termasuklah ke dalam kawasan negeri Johor hingga sekarang.
Keluarga, tegas-nya waris-waris Sultan Ali mendapat bayaran pencen yang tetap.
Sementara itu telah berbangkit suatu pergaduhan besar di Negeri Sembilan dan suatu pertempuran hebat telah berlaku antara Kerajaan British dan Dato Kelana Sungai Ujong di suatu pihak dan Yamtuan Antah dan Dato Jelebu serta Dato Rembau di suatu pihak.
Kerajaan British telah menawarkan juga kepada Seri Maharaja Abu Bakar menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kerumitan di Negeri Sembilan itu.
Dan dalam tahun 1877 Seri Maharaja Abu Bakar sendiri telah berkunjung ke Negeri Sembilan membuat persetiaan-persetiaan dengan luak-luak Negeri Sembilan (Jelebu, Rembau dan Seri Menanti), negeri-negeri yang telah mengikat persetiaan persahabatan dengan Kerajaan British, supaya luak-luak tersebut menjadi negeri-negeri di bawah Kerajaan Johor seperti telah diperbuat dalam zaman raja-raja Melayu Melaka dan Johor dahulu.
Tetapi di sini juga Seri Maharaja Abu Bakar mendapat kegagalan yang tidak disangka-sangkanya.
Segala persetiaan yang dibuat olehnya dengan Penghulu-penghulu di Negeri Sembilan itu dimansuhkan oleh anak-anak buah.
Dalam tahun 1878 Seri Maharaja Abu Bakar melawat lagi ke Eropah dan sekali lagi dalam tahun 1885 apabila sekembalinya dia terus menukarkan gelarannya kepada "Sultan Johor."
Sementara itu negeri Johor makin bertambah maju juga atas kebijaksanaan beliau.
Selain daripada berkunjung ke London beliau juga melawat Jawa, India, China dan Jepun.
Lawatan-lawatan dilakukan lagi ke England dalam tahun-tahun 1891, 1893 dan akhirnya dalam tahun 1895 apabila "Duli Yang Maha Mulia, Sultan Abu Bakar, Sultan Johor, G.C.M.G., K.C.S.I mangkat di London pada 4 Jun 1895."
Jenazahnya telah dibawa balik dan dimakamkan di Johor Bahru.
Sebelum dia berangkat ke London dalam lawatannya yang terakhir itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar telah memberikan suatu perlembagaan bertulis kepada rakyat Johor pada 14 April, 1895.
Angkatan Perang Acheh menyerang Johor
07 Mei 1613 – Sultan Acheh sultan Iskandar muda mahkota alam menyerang batu sawar Johor pada tahun 1613. Serangan ini telah dilakukan kerana kerajaan Acheh tidak menyetujui persahabatan Johor dengan Portugis.
Kecenderungan Sultan Johor, Sultan Alauddin Riayat Shah III untuk bersahabat dengan Portugis bermula sejak awal tahun 1610 lagi apabila seorang putera baginda telah berkahwin dengan sepupunya puteri Raja Siak. Raja Siak yang telah bersahabat baik dengan orang-orang Portugis telah mempengaruhi Sultan johor supaya Johor bersahabat dengan Portugis
Angkatan Perang Acheh yang menyerang Batu Sawar dan juga Kota Sekarang telah berperang selama 29 hari sebelum berjaya menawannya. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama-sama adinda baginda, Raja Abdullah serta Bendahara Tun Seri Lanang telah ditawan dan dibawa ke negeri Acheh.
Semasa di Acheh, Sultan Alauddin telah diberi layanan yang baik dan Raja Abdullah telah dikahwinkan dengan seorang puteri Acheh iaitu adinda Sultan Iskandar Muda demi mempereratkan kembali tali persaudaraan keluarga diraja di antara kedua buah negara itu. Raja Abdullah kemudiannya telah dihantar balik ke negeri Johor bersama-sama angkatan dan perang Acheh serta membawa sejumlah perbelanjaan untuk membaiki dan membangunkan semula bandar Batu Sawar yang telah rosak akibat peperangan yang lalu itu.
Bendahara Tun Seri Lanang yang tinggal di Acheh telah meneruskan kerja-kerja menyusun dan membaiki Sejarah Melayu yang telah dimulakan semasa di Johor dahulu. Tun Seri Lanang juga telah berkesempatan berkenalan dengan pengarang dan ulamak yang terkenal di Acheh seperti Sheikh Nuruddin Ar-Raniri, Tuan Burhat, Hamzah Fansuri lain-lain. Mereka ini mendapat galakkan daripada Sultan Iskandar Muda untuk memajukan persuratan Melayu dan agama Islam.
Selepas lebih satu tahun Sultan Alauddin tinggal di Acheh, akhirnya baginda telah dibenarkan pulang ke negeri Johor. Baginda telah berjanji dengan Sultan Acheh akan membantu Acheh dalam peperangan melawan orang-orang Portugis dan tidak membenarkan orang-orang Belanda tinggal di negeri Johor lagi.
Apakah Anda pernah dengar Budaya "Zaffe"?
Dalam budaya adat melayu ia di panggil "Tebus Pelamin".
Adat Tebus Pelamin, atau lebih dikenali sebagai "duit tol" dalam kalangan masyarakat Johor, merupakan tradisi perkahwinan yang diamalkan sejak turun-temurun. Adat ini menyekat pengantin lelaki daripada menaiki pelamin sehingga sejumlah duit tol dibayar kepada pihak pengantin perempuan.
TAHUKAH ANDA !!!
Tradisi ini dipercayai berasal daripada budaya Arab dikenali sebagai sebahagian daripada Zaffa (perarakan perkahwinan) atau, lebih khusus, zaffe "penghalang" yang sering disediakan oleh keluarga atau rakan pengantin perempuan untuk menguji pengantin lelaki.
Walaupun pintu masuk besar itu sendiri adalah Zaffe tindakan menyekat atau memerlukan "pembayaran" (wang, gula-gula, atau hadiah) untuk membiarkan pengantin lelaki berlalu adalah adat tradisional yang sering dilakukan dan dilihat dalam perkahwinan Arab serantau, terutamanya dalam tradisi BADAWI (بدوي), di mana keluarga secara main-main (bergurau) menuntut hadiah untuk melepaskan anak perempuan mereka.
Aspek Utama Tradisi:
- Ia adalah cara untuk keluarga pengantin perempuan secara berseloroh menunjukkan bahawa anak perempuan mereka berharga dan tidak akan diambil dengan mudah.
- Bayaran: Pengantin lelaki selalunya perlu membayar yuran atau memberi hadiah kepada pengantin perempuan atau ahli keluarga yang menghalang pintu atau laluan kepada pengantin perempuan.
- Matlamat: Ia menyerlahkan sifat emosi, namun meraikan, pengantin perempuan meninggalkan rumah keluarganya dan menunjukkan rasa hormat kepada keluarganya.
Berikut ialah frasa dan tindakan utama yang digunakan semasa ini, dipanggil dalam bahasa Arab:
Apa yang Perlu Dikatakan Apabila Menghalang Pengantin (Frasa Arab)
"Laa yadkholoohatta yadfa'oo!" (لا يدخلوا حتى يدفعوا!)
- Maksudnya: "Mereka tidak boleh masuk sehingga mereka membayar!" (Frasa seronok/mengusik)
"Al-bab maghlooq!" (الباب مغلوق!)
- Maksudnya: "Pintu ditutup!"
"Aroosna ghaliya, laazim tejeeboo hedaya!" (عروسنا غالية، لازم تجيبوا هدايا!)
- Maksudnya: "Pengantin perempuan kami berharga, anda mesti membawa hadiah!"
"Ma fi dakhla ghair bil-zaffe!" (ما في دخلة غير بالزفة!)
- Maksudnya: "Tiada masuk tanpa penunaian!" (Menuntut bayaran)
Apa yang Pengantin Lelaki Katakan untuk Masuk
"Fatahu ya habayeb!" (فتحوا يا حبايب!)
- Maksudnya: "Berbukalah wahai orang yang saya sayangi!"
"Jaybeen al-mahr!" (جايبين المهر!)
- Maksudnya: "Kami bawa mas kahwin!"
Konteks Tradisi Budaya
Ini adalah saat yang menggembirakan, bertujuan untuk menunjukkan bahawa pengantin perempuan sangat dihargai dan tidak mudah diketepikan, memastikan peralihannya kepada keluarga baru disambut dengan tenaga dan rasa hormat yang tinggi.
Apakah benar kenyataan ini bahawasanya zapin itu berasal dari HADRAMAUT!!!
TAHUKAH ANDA
Zapin sebenarnya bukan berasal dari kesenian budaya masyarakat Arab Hadramaut, Yaman. Tetapi yang dibawa mereka adalah *ZARBADI.
Apa itu Zarbadi?
Zarbadi
Tarian indah ini dinamakan sempena keluarga Zarbadi yang terkenal di lembah Hadhramaut, yang berperanan penting dalam memelihara tarian ini dan mengekalkan watak uniknya secara tradisional. Ia digambarkan sebagai 'salah satu tarian cerita rakyat yang paling hebat dengan irama polifoniknya.'
Zarbadi juga dipanggil Rabdh merujuk kepada iramanya yang dipanjangkan atau ditarik. Ia dipersembahkan oleh lelaki dan wanita dalam kumpulan berasingan. Gendang tradisional 'Hajer' dan 'Mirwas', tiga kesemuanya, dipalu secara berirama dengan iringan 'Naay' atau seruling buluh.
Dalam Zarbadi, para penghibur menari di dalam gelanggang penonton dengan melompat ke udara dalam gerakan yang dipanggil 'Tamra'. Setelah turun, mereka duduk seketika di atas tanah dalam 'Karsaa'. Walau bagaimanapun, penari wanita tidak selalunya melakukan ini dengan melompat ke atas dan ke bawah, sebaliknya, mereka mengibaskan rambut mereka ke kanan dan kiri dalam apa yang dipanggil 'Naash'.
Malah, Zarbadi terdiri daripada dua peringkat yang berbeza – rentak perlahan atau 'Madkhal' dan gerakan pantas atau 'Mafraj'.
Terdapat banyak lagu yang liriknya ditulis untuk dinyanyikan bersama tarian Zarbadi atau tarian lain seperti 'Khaya' dan 'Shrah' pesisir.
Tarian-tarian rakyat Hadhramaut mewakili dimensi sejarah kreativiti manusia. Tarian-tarian ini memberikan watak dan warna yang unik kepada rantau ini, yang turut memperkayakan gerakan seni dan budaya di Yaman.
Zafin /Zapin - Apakah genre Muziknya? Dan dari manakah muzik ini berasal?
Mari kita terokai asal usul musik Zafin
Sawt
"Sawt" (صوت) ialah perkataan Arab yang bermaksud "suara" atau "bunyi",paling kerap merujuk kepada genre muzik urban tradisional yang kompleks dari Kuwait dan Bahrain
Dikatakan bahawa sawt telah ditubuhkan di Kuwait oleh penyair, komposer, penyanyi dan pemain oud Abdallah al-Faraj (1836-1901/1903). Sejarawan Bahrain, Mubārak al-‘Ammārī percaya bahawa sawt telah dikenali di Kuwait sebelum tahun 1766, dan di Bahrain sejak tahun 1783. Saleh dan Daoud Al-Kuwaity secara meluas dianggap sebagai antara perintis terawalnya.
Penerangan
Sawt ialah sejenis muzik urban yang kompleks, yang pada asalnya dipersembahkan pada 'ud (luteni yang dipetik) dan mirwas (dram), dengan biola kemudiannya menjadi tambahan kepada gubahan tersebut.
Dua orang lelaki mempersembahkan tarian yang dipanggil "Zaffan" Al-Sout hanya dipersembahkan pada perhimpunan malam lelaki. Ia dipanggil "Samra" (sembang malam).
Sawt juga mengandungi sejenis tepukan khas yang dipanggil sherbaka, yang bermaksud "berjalin," dan biasanya ditepuk oleh penonton. Puisi yang digunakan dalam sawt biasanya puisi Arab klasik, atau puisi khamini, yang serupa dengan mushah, tetapi dengan skala yang menjadi ciri penyair Arab kuno dan bahasa tempatan mereka. Kebanyakan sawt Arab diakhiri dengan serpihan yang dipanggil Tawshih, yang merupakan permulaan penghujung sawt dan hanya boleh berbentuk lirik atau muzikal. Tawshih juga mengandungi irama improvisasi, dan ada yang mengakhirinya dengan melodi tertentu untuk menamatkan sawt.
Susunan cara Swat
Sawt ialah satu set vokal dan instrumental yang diketuai oleh seorang penyanyi/pemain luteni ( Gambus ) yang bermula dengan pengenalan rentak bebas, dengan pelbagai panjang, yang dikenali sebagai taqsim . Dia mengikutinya dengan lagu ( tahrira ) dalam rentak bebas yang juga dilantunkan dengan beberapa baris puisi dalam bahasa Arab klasik, atau puisi dialek dari Teluk ( nubti ), atau zuheiri yang terdiri daripada tujuh baris berima a/a/a/b/b/b/a, dalam dialek BADWI IRAQ dan sentiasa dengan iringan kecapi.( Oud )
Selepas dua fasa pengenalan bebas ini, penyanyi beralih ke bahagian utama sawt itu sendiri , iaitu puisi yang dinyanyikan secara solo atau secara responsorio (penyanyi solo dan korus). Yang terakhir dipanggil sawt radda dan diiringi oleh oud, mirwas (dram), dan tepukan tangan. Kesimpulannya, pemain solo dan ahli kumpulan yang lain menyanyikan tawshiha , lagu kumpulan pendek dua baris pada rentak yang sama dengan sawt tetapi dimodulasi secara berbeza. Akhir sekali, perkusi mengekalkan rentaknya sebagai sokongan untuk improvisasi instrumental yang sering mempesonakan dengan rentak tarian sinkopasi di sekeliling pekarangan Bentuk pekarangan tidak sepenuhnya tetap; mengikut keadaan dan artis yang terlibat, fasa pengenalan boleh diabaikan jadi hanya terdapat puisi sawt dan tawshiha .
Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan skala melodi dan ritma, struktur sawt tidak boleh diubah. Satu-satunya perubahan yang boleh diterima ialah sedikit variasi dalaman yang berkaitan dengan persembahan artis, tetapi ia tidak boleh memberi sebarang kesan pada bentuk utama.
Ritma amat penting dalam tradisi sawt dan berfungsi untuk membezakan satu lagu daripada lagu lain dalam genre tersebut. Terdapat dua bentuk utama, sawt arabi dipersembahkan pada kitaran enam rentak (trek 1, 5 dan 6) dan sawt shami pada kitaran empat rentak (trek 2 dan 3).
Ritma bergantung pada mirwas , sebuah dram silinder kecil berkepala dua, jadi setiap kitaran ritma dimainkan oleh pemain dram dan pemain tepukan tangan ( kaffafa ), yang terakhir dibahagikan kepada dua atau tiga subkumpulan untuk melakukan beberapa variasi secara serentak, di bawah pengawasan seorang pemimpin yang memastikan setiap bahagian dibina dengan betul, bermula pada saat yang tepat, dan tempoh wajib berdiam diri dan ritma terakhir semuanya dihormati dengan betul. Tepukan tangan (kaff atau tasfiq ) hanya berlaku semasa petikan instrumental sawt . Oleh itu, fungsinya adalah untuk melengkapkan kitaran poliritma, menambah hiasan dan kekayaan bunyinya, meningkatkan dinamik umum persembahan dan menyediakan sokongan untuk mempersembahkan tarian yang dikenali sebagai ZAFFAN
Zaffan ialah tarian riadah yang menambah kegembiraan dan keseronokan umum mereka yang mengambil bahagian dalam samra. Ia mempunyai set langkah khusus dan pergerakan terkodifikasi dan dilakukan oleh dua zafinin