Visi, Misi & Matlamat

Visi
  • Mengekalkan warisan kebudayaan dan kesenian Khazanah Warisan Empayar Kesultanan Johor Lama
  • Melahirkan masyarakat yang berkebolehan dalam bidang seni kebudayaan ke arah yang lebih bermutu
  • Mempertingkatkan kecemerlangan dalam pencapaian sebuah organisasi yang berdaya saing ke arah pembangunan dan pengembangan seni dan budaya
Misi
  • Memajukan dan mengembangkan kebudayaan, kesenian, adat resam tradisi dan warisan Khazanah Empayar Kesultanan Johor
  • Memelihara dan mengekalkan warisan negara melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian
  • Membangunkan sahsiah dan jatidiri melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti ke arah menyemarakkan seni dan budaya
Matlamat
  • Meningkatkan pembangunan produk seni budaya ke arah mencapai matlamat wawasan negara
  • Berusaha untuk melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan seni kebudayaan dan kesenian serta memupuk budaya cintakan Warisan Lama
  • Berikthiar bagi mengawal, memelihara, memajukan dan mengembangkan kebudayaan, kesenian, adat resam tradisi masyarakat setiap bangsa dan menonjolkan keunikan adat resam masyarakat di pelbagai peringkat daripada peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa