Fungsi Angkatan Seni Johor

PERANCANGAN & PELAKSANAAN

Bertanggungjawab dalam merancang dan mengendalikan kegiatan kebudayaan dan kesenian serta menyediakan kemudahan yang kondusif kepada penggiat seni.

PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

Mempelbagaikan dan memperbanyakkan usaha mengkaji serta membangunkan kebudayaan dan kesenian Johor Empayar merentasi kurun ke-16 hingga ke-20.

PROMOSI & PENYEBARAN

Menonjolkan keunikan adat resam masyarakat di pelbagai peringkat — dari daerah, negeri, negara hinggalah ke peringkat antarabangsa.

KELESTARIAN & PEMELIHARAAN

Memastikan 33 Khazanah Warisan Empayar Kesultanan Johor tidak pupus, dengan memberi perkhidmatan berkualiti kepada penggiat seni dan masyarakat.